Menepati Janji Membawa Harapan

Menepati Janji Membawa Harapan

Ahad, 21 April 2013

Sekitar Penamaan Calon P 107 Subang di Bandar Utama,Petaling Jaya

Pada 20 April 2013,telah mencatat satu sejarah di dalam proses demokarsi di negara kita...bahwasanya proses penamaan calon telah pun bermula.Selelah selesai proses penamaan calon,calon yang bertanding bersama-sama dengan jentera akan membantu calon untuk berkempen selama 15 hari.

Di Parlimen Subang khususnya,pertandingan untuk merebut kerusi P 107 Subang menampakkan calon bebas cuba mempertaruhkan nasib untuk menjadi calon.Parlimen Subang menyaksikan pertandingan 5 penjuru.Antaranya ialah:

PKR-R.Sivarasa
BN-A.Prakash Rao
BEBAS-Datuk Edros Abdullah
BERJASA-Mohamad Ismail
BEBAS-Nazaruddin Mohd Fedros

Bagi DUN Paya Jaras pula,pertandingan menyaksikan 2 penjuru iaitu:

BN-Datuk Ir.Muhammad Bushro bin Mat Johor
PAS-Khairuddin Othman

Untuk PRU kali ini,dalam sejarah mana-mana pilihan raya umum,ramai diantara calon-calon bebas bertanding untuk merebut kerusi yang dipertandingkan.Untuk DUN Kota Damansara menyaksikan 6 penjuru iaitu:

BN-Haliamton Saadiah Bohan
PKR(PSM)-Dr.Mohd Nasir Hashim
BEBAS-Datuk Edros Abdullah
BEBAS-A. Suppiah
BEBAS-Halmi Omar
PAS-Ridzuan Ismail

Bagi DUN Bukit Lanjan menyaksikan pertandingan 2 penjuru iaitu:

PKR-Elizabeth Wong
BN-Francis Wong Tuck Chiew

Kami di UMNO Cawangan menyokong sepenuhnya calon yang dipertaruhkan oleh pihak pimpinan BN demi untuk menawan Selangor dari PR.

-Sayangi Selangor Yakini BN-
-Barisan 1 Malaysia-
-Better Nation For Transformation-
-Undilah Barisan Nasional-

Selasa, 16 April 2013

Senarai Calon BN Selangor Diumumkan Hari Ini.Tahniah Diucapkan!

Hari ini,terungkailah segala spekulasi yang membayangi di segenap fikiran rakyat Selangor.Pengerusi BN Selangor,Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan senarai penuh calon BN Selangor untuk menghadapi PRU-13 di Bangunan UMNO Selangor Shah Alam.

Maka dengan ini,sudah dijangka,ramai calon adalah muka baru dan semuanya adalah calon-calon yang muda dan ada yang sudah beberapa penggal dan mempunyai rekod yang baik dicalonkan semula untuk mempertaruhkan dalam PRU kali ini.

Sudah semestinya,rakyat di DUN Paya Jaras dan Parlimen Subang ingin tahu siapa calon "winnable candidate" pilihan BN Selangor.Siapakah dia???INI DIA.....


Parlimen Subang
A Prakash Rao (MIC)

DUN Bukit Lanjan
Francis Chong Tuck Chiew (GERAKAN)

DUN Paya Jaras
Dato' Ir.Muhammad Bushro bin Mat Johor (UMNO)

DUN Kota Damansara
Halimaton Saadiah binti Bohan (UMNO)


Bagi kami di DUN Paya Jaras,pihak UMNO Cawangan mengalu-alukan percalonan penyandang DUN Paya Jaras,Dato' Ir.Muhammad Bushro sebagai calon untuk DUN Paya Jaras bagi menggalas tugas yang berat,iaitu menentang "rakan baik" dari PAS,Khairuddin Othman.

Ini juga menampakkan Dato' Ir.Muhammad Bushro adalah calon "winnable candidate" pilihan rakyat.Justeru,pihak admin mengharapkan sokongan padu daripada semua,berilah mandat sekali lagi kepada BN untuk menerajui DUN Paya Jaras disamping merampas semula kerusi Kota Damansara dan Bukit Lanjan daripada PSM dan PKR.

Kepada sesiapa yang terkecil hati apabila calon pilihan tidak tersenarai,jangan berkecil hati.Mungkin...ini adalah satu daripada ujian daripada ALLAH.Manalah tahu,calon pilihan kita akan tersenarai jadi calon pada PRU akan datang..ALLAH telah menentukan segala-galanya demi kebaikan kita.



Nampaknya gambar di atas mencerminkan segala-galanya.Datuk Zulkifli Nordin,Naib Presiden Perkasa telah dicalonkan di Parlimen Shah Alam dengan menggunakan tiket BN untuk menentang Khalid Samad daripada PAS.Nampaknya kedua-dua mereka saling "cantas-mencantas" antara satu sama lain dan Zulkifli Nordin yakin,bahawa isu nasional dan isu ummah akan menjadi keutamaan dalam kempennya.

Menepati Janji Membawa Harapan
Barisan Nasional Pilihan Kami!

Sayangi Selangor Yakini BN
Menjadi Azimat dan Pegangan

Demi Menyelamatkan Rakyat Selangor!!!
Undilah Barisan Nasional!


Rabu, 3 April 2013

Alhamdulillah......Akhirnya Parlimen DIBUBARKAN!

Alhamdulillah....baru sebentar tadi YAB PM kita,Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen secara rasmi.Ini bermakna pemerintahan DS Najib adalah 4 tahun 11 bulan yang mana ini adalah yang paling lama dalam sejarah negara.

Sebagai rakyat,seperti mana yang kita tahu DS Najib telah bekerja kuat demi kebaikan rakyat.Segala dasar dan agenda yang direncanakan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional telah terbukti ini adalah salah satu daripada agenda "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan".Setelah 4 tahun pentadbiran,inilah kerajaan yang sentiasa "Janji Ditepati" setiap janji yang dikotakan.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh DS Najib yang disiarkan melalui TV 1 pada jam 11:00 pagi tadi telah mengingatkan kepada seluruh ketua-ketua kerajaan negeri masing-masing kecuali Sarawak supaya mengadap ketua-ketua negeri masing untuk membuarkan DUN masing-masing supaya PRU dapat dijalankan secara serentak.

Di dalam pengumuman itu juga,DS Najib telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah memilih BARISAN NASIONAL untuk memerintah Malaysia pada penggal ke-12 yang lalu.

Secara tuntasnya,kami di peringkat akar umbi iaitu di UMNO Cawangan Paya Jaras Hilir komited untuk membantu YAB PM sebagai Pengerusi Jentera Pilihan Raya BN Selangor dan Datuk Ir.Muhammad Bushro bin Mat Johor sebagai Setiausaha Jentera Pilihan Raya BN Selangor merangkap Pengerusi Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Subang dengan menyokong sesiapa jua calon "winnable candidate" yang dicalonkan oleh DS Najib dan seluruh kepimpinan parti kompenen BN.

Kami juga berharap tiada istilah "cah keting" di dalam melaksanakan segala perlaksanaan kempen parti.Bahkan,jangan ada individu yang sesekali yang membocorkan segala rahsia parti kerana tindakan anda itu boleh memudaratkan parti khususnya dan tindakan tersebut adalah tidak bermaruah dan tidak bertamadun.

Kami mengharapkan yang terbaik dalam PRU kali ini.Kami harap transformasi yang dilakukan oleh SPR sedikit sebanyak dapat "membuka mata" puak-puak pembangkang kerana SPR adalah badan bebas dan berkecuali,bukan ada kepentingan tertentu.

Kami juga berdoa supaya BARISAN NASIONAL DAPAT MENGEKALKAN TAMPUK PEMERINTAHAN SEDIA ADA DAN KEKALKAN PUTRAJAYA.