Alhamdulillah....baru sebentar tadi YAB PM kita,Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen secara rasmi.Ini bermakna pemerintahan DS Najib adalah 4 tahun 11 bulan yang mana ini adalah yang paling lama dalam sejarah negara.
Sebagai rakyat,seperti mana yang kita tahu DS Najib telah bekerja kuat demi kebaikan rakyat.Segala dasar dan agenda yang direncanakan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional telah terbukti ini adalah salah satu daripada agenda "Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan".Setelah 4 tahun pentadbiran,inilah kerajaan yang sentiasa "Janji Ditepati" setiap janji yang dikotakan.
Dalam pengumuman yang dibuat oleh DS Najib yang disiarkan melalui TV 1 pada jam 11:00 pagi tadi telah mengingatkan kepada seluruh ketua-ketua kerajaan negeri masing-masing kecuali Sarawak supaya mengadap ketua-ketua negeri masing untuk membuarkan DUN masing-masing supaya PRU dapat dijalankan secara serentak.
Di dalam pengumuman itu juga,DS Najib telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah memilih BARISAN NASIONAL untuk memerintah Malaysia pada penggal ke-12 yang lalu.
Secara tuntasnya,kami di peringkat akar umbi iaitu di UMNO Cawangan Paya Jaras Hilir komited untuk membantu YAB PM sebagai Pengerusi Jentera Pilihan Raya BN Selangor dan Datuk Ir.Muhammad Bushro bin Mat Johor sebagai Setiausaha Jentera Pilihan Raya BN Selangor merangkap Pengerusi Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Subang dengan menyokong sesiapa jua calon "winnable candidate" yang dicalonkan oleh DS Najib dan seluruh kepimpinan parti kompenen BN.
Kami juga berharap tiada istilah "cah keting" di dalam melaksanakan segala perlaksanaan kempen parti.Bahkan,jangan ada individu yang sesekali yang membocorkan segala rahsia parti kerana tindakan anda itu boleh memudaratkan parti khususnya dan tindakan tersebut adalah tidak bermaruah dan tidak bertamadun.
Kami mengharapkan yang terbaik dalam PRU kali ini.Kami harap transformasi yang dilakukan oleh SPR sedikit sebanyak dapat "membuka mata" puak-puak pembangkang kerana SPR adalah badan bebas dan berkecuali,bukan ada kepentingan tertentu.
Kami juga berdoa supaya BARISAN NASIONAL DAPAT MENGEKALKAN TAMPUK PEMERINTAHAN SEDIA ADA DAN KEKALKAN PUTRAJAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan